Kata-Kata Aluan

     Tema Seminar

     Ucap Utama

     Prosiding

     Jawatankuasa Seminar

     Tentang Persatuan

     Jawatankuasa Persatuan

 
Kertas  | 1 - 10 | 11 - 20 | 21 - 30 | 31 - 40 | 41 - 50 | 51 - 59 |
   
P51

Kepimpinan pengajaran sains: Satu Tinjauan oleh Mohd Najib Abdul Ghafar & Norazah Buang (UTM)
 

P52 Penerapan refleksi melalui pendekatan pedagogi terhadap pengetahuan (PCK) isi kandungan dalam pengajaran sains oleh Nor Hasniza Ibrahim, Mohamed Yusof arshad dan Johari Surif (UTM)
 
P53 Proses penyiasatan di kalangan pelajar Malaysia dan England: Satu Kajian Perbandingan oleh Johari Surif, Mohamed Yusof Arshad dan Nor Hasniza (UTM)
 
P54 Penilaian kendiri  melalui amalan reflektif dalam  pengajaran matematik oleh Zaharah Hussin dan Fatimah Saleh(USM)
 
P55 Kesan Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris Terhadap Guru Yang Mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru oleh Fauziah Ahmad & Mohini Mohamed (UTM)
 
P56

Hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar sekolah menengah oleh Yeo Kee Jiar, Hamdan Said, Lim Wai Wai dan Ainul Hakimah Karim (UTM).
 

P57

Perlaksanaan Pengajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris: Pandangan Guru Pelatih Sains/Kimia Oleh  Aziz Bin Nordin (UTM)

 
P58

A Case Study of Network Based Project Learning (NBPL) using i-Learn Portal, UiTM by Siti Rahayu Abdul Aziz, Prasanna a/p Ramakrisnan, Nurul Hidayah Mat Zain, Nurmaisara Za`ba & Mohd Nor Hajar Hasrol Jono (UiTM)

   
P59

Faktor-Faktor Dalam Proses Pembelajaran Matematik Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor oleh Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria, Norafandy Bin Yahaya & Azila Hanum Binti Hamzah (UTM)

















 

 

 

   
P51

KEPIMPINAN PENGAJARAN:  SAINS : SATU TINJAUAN.

Mohamed Najib Abdul Ghafar
Norazah Buang
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran sains dalam strategi pengajaran  dan mengenal pasti gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman. Kajian ini melibatkan 100  responden yang mengajar di sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor.  Instrumen yang digunakan ialah  adaptasi daripada Leader Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) dengan  objektif kajian.  Soal selidik digunakan untuk mengumpul data yang berbentuk kuantitatif dan dianalisis secara perisian SPSS (Statistical Package For  The Social Science ) Versi 10.0.   Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah melaksanakan tugas mengajar.  Manakala pemboleh ubah bebas ialah gaya-gaya kepimpinan ialah memberitahu, menjual, penyertaan dan penyerahan tugas.  Kajian mendapati  gaya kepimpinan menjual, memberitahu dan penyerahan tugas sering diamalkan dalam banyak situasi mengikut teori Hersey dan Blanchard di kalangan guru-guru sains.  Analisis Anova “sehala” juga menunjukkan hubungan yang signifikan  di antara gaya-gaya kepimpinan dan analisis korelasi menunjukkan hubungan di antara gaya-gaya kepimpinan yang sangat kuat.

 

P52

PENERAPAN REFLEKSI MELALUI PENDEKATAN PEDAGOGI TERHADAP PENGETAHUAN (PCK) ISI KANDUNGAN DALAM PENGAJARAN SAINS

Norhasniza Ibrahim
Mohd Yusof Arshad
Johari Surif
(Universiti Teknologi Malaysia)
 

Artikel ini membincangkan bagaimana amalan refleksi berupaya diterapkan melalui perlaksanaan pendekatan pedagogical content knowledge (PCK) dalam proses pengajaran sains. Refleksi merupakan alat kognitif yang berupaya mempertingkatkan keberkesanan proses  pengajaran dan pembelajaran. Hal ini telah diakui sejak ianya diperkenalkan oleh Dewey pada tahun 1933 sehinggalah ke abad 21 ini. Terdapat pelbagai pendekatan yang dapat dilaksanakan bagi menerapkan amalan refleksi dalam proses pengajaran. Antara pendekatan yang terkini adalah menerusi perlaksanaan PCK. PCK merupakan satu pendekatan yang mampu membentuk guru untuk menguasai isi kandungan pengajaran, menghayati kurikulum yang diajarkan, mengesan dan memperbaiki kelemahan pelajar dalam sesuatu topik pengajaran serta memahami dan mengamalkan strategi pengajaran dan kaedah untuk mentafsir kefahaman pelajar dengan berkesan. Ianya sedang dipraktikkan dengan meluas di kalangan penyelidik dan pendidik di seluruh dunia khususnya dalam  pendidikan sains.  Sehubungan itu, perlaksanaan refleksi melalui pendekatan PCK wajar dipertingkatkan di kalangan guru bagi membantu proses pengajaran ke arah pembangunan kefahaman mendalam di kalangan pelajar sekaligus mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains yang berkesan.


 

P53

PROSES PENYIASATAN DI KALANGAN PELAJAR MALAYSIA DAN ENGLAND: SATU KAJIAN PERBANDINGAN

 Johari Surif
Mohd Yusof Arshad
Norhasniza Ibrahim
(Universiti Teknologi Malaysia)
 

Proses penyiasatan merupakan salah satu elemen utama dalam pemikiran saintifik yang menjadi matlamat utama proses pengajaran dan pembelajaran sains.  Artikel ini bertujuan melaporkan dapatan kajian perbandingan proses penyiasatan antara pelajar Malaysia dan England di peringkat sekolah menengah rendah.  Kajian dilaksanakan secara kualitatif dengan menggunakan rekabentuk deskriptif dan menggunakan pendekatan kajian rentas.  Persampelan dipilih secara rawak kelompok berdasarkan tahap perkembangan kognitif melibatkan seramai 612 orang pelajar daripada usia 11 hingga 15 tahun.  Set Ujian Sains yang terdiri daripada soalan subjektif telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini.  Jawapan pelajar dianalisis dengan menggunakan teknik analisis kandungan.  Dapatan kajian mendapati pelajar Malaysia dan England menunjukkan pola peningkatan mengikut tahap perkembangan kognitif.  Walau bagaimanapun, pelajar England menunjukkan pencapaian yang lebih baik daripada pelajar Malaysia khususnya dalam merancang penyiasatan, mendapatkan bukti, menganalisis dan membuat kesimpulan serta menilai bukti.  Dapatan ini sekaligus mengungkap pelbagai usaha yang boleh dilaksanakan bagi mempertingkatkan penguasaan proses penyiasatan pelajar sekaligus mempertingkatkan kemajuan pendidikan sains di Malaysia.

 

P54

PENILAIAN KENDIRI  MELALUI AMALAN REFLEKTIF  DALAM  PENGAJARAN MATEMATIK

 Zaharah Hussin
            Fatimah Saleh
(Universiti Sains Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mendapatkan situasi terkini tentang   amalan reflektif dalam kalangan guru Matematik. Kajian dijalankan secara kajian kes menggunakan pendekatan kualitatif.  Fokus kajian adalah untuk mengetahui sejauh mana guru matematik melaksanakan refleksi dalam pengajaran matematik sebagai penilaian kendiri dan mengenal pasti  faktor yang mempengaruhi amalan mereka. Kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Kajian melibatkan dua orang guru matematik sebagai subjek kajian. Dapatan kajian menunjukkan guru matematik  melakukan refleksi dalam perancangan dan pengajaran mereka.  Faktor utama guru melaksanakan refleksi adalah kerana mereka menghadapi dilema dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkait rapat dengan sikap pelajar. Dapatan kajian mendapati walaupun guru percaya mereka perlu melaksanakan refleksi, tetapi masa merupakan penghalang utama bagi mereka melaksanakan refleksi secara formal dan berterusan. Selain itu, kekaburan tentang cara yang sistematik untuk melaksanakan refleksi juga menghalang mereka melaksanakan refleksi dengan sempurna. Sistem persekolahan yang berorientasikan peperiksaan juga menyebabkan guru tidak menggunakan sepenuhnya penilaian yang diperolehi daripada amalan reflektif mereka.


 

P55

KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS TERHADAP GURU YANG MENGIKUTI PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU

Fauziah Ahmad
(Sekolah Menengah Pasir Gudang, Johor)
Mohini Mohamed
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kertas kerja ini membincangkan tentang persepsi guru-guru yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.  Aspek yang dikaji adalah kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.  Seramai 236 orang sampel dari empat buah institusi pendidikan awam (UTM, UPM, UiTM dan UPSI) telah dipilih untuk dijadikan peserta kajian.  Data-data yang diperolehi melalui soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science 11.5 (SPSS).  Analisis deskriptif digunakan untuk menguji kekerapan, min dan peratusan.  Manakala analisis inferensi digunakan untuk pengujian hipotesis.  Hipotesis diuji dengan menggunakan perbandingan min Ujian-T dan analisis varian (ANOVA) pada aras signifikan 0.05. Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian mempunyai tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris, minat dan keyakinan terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang sederhana.  Dapatan kajian juga mendapati ada hubungan yang signifikan antara gred pencapaian Bahasa Inggeris SPM dengan tahap kesediaan penguasaan Bahasa Inggeris tetapi tiada perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dengan minat dan tahap keyakinan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

 

P56

HUBUNGAN ANTARA KERJA RUMAH DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH 

Yeo Kee Jiar
Hamdan Said
Lim Wai Wai
Ainul Hakimah Karim
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Kerja rumah menjadi komponen yang penting dalam proses pembelajaran semua pelajar baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Walaupun terdapat banyak laporan dan rungutan yang mengatakan bahawa amaun kerja rumah yang diberikan oleh para guru agak banyak dan membebankan, namun dari segi lain pula kerja rumah dianggap berfaedah kerana menyumbang kepada pencapaian akademik. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara tiga pembolehubah mengenai kerja rumah dengan pencapaian akademik, iaitu hubungan antara peruntukan masa dalam menyiapkan kerja rumah, jenis kerja rumah (latihan dan persediaan), dan cara pengelolaan kerja rumah (sebelum dan selepas kerja rumah diberikan) dengan pencapaian Matematik, Bahasa Inggeris dan Sejarah. Sampel kajian terdiri daripada 226 orang pelajar dari 5 buah sekolah menengah di Johor Bahru. Sampel dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu pelajar dari kelas biasa (Kumpulan A) dan kelas premier (Kumpulan B). Soal selidik berbentuk skala Likert digunakan dalam kajian ini. Nilai alpha yang diperoleh ialah α = .86. Hasil kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara masa menyiapkan kerja rumah Matematik dengan pencapaian Matematik bagi kedua-dua kumpulan pelajar biasa dan premier. Selain itu, bagi pelajar biasa, hasil kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan antara jenis kerja rumah dan cara pengelolaan dengan pencapaian Sejarah dan Bahasa Inggeris. Bagi pelajar kumpulan premier pula, terdapat hubungan yang signifikan walaupun lemah antara cara pengelolaan guru (selepas kerja rumah Matematik dan Sejarah diberikan) serta kerja rumah jenis latihan kerja rumah Matematik dan Sejarah dengan pencapaian kedua-dua mata pelajaran tersebut. Hasil kajian sejajar dengan banyak kajian yang dijalankan di luar negara bahawa hubungan antara kerja rumah dengan pencapaian tidak signifikan.


 

P57

PERLAKSANAAN PENGAJARAN SAINS DALAM BAHASA INGGERIS: PANDANGAN GURU PELATIH SAINS/KIMIA

Aziz bin Nordin
(Universiti Teknologi Malaysia)

Perlaksanaan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris telah banyak diperbincangkan walaupun telah berlangsung sekian lama.Bagi melihat situasi semasa tentang perlaksanaan pengajaran sains dalam bahasa Inggeris, satu kajian telah dijalankan kepada sembilan belas orang guru pelatih kimia/sains. Soal selidik telah digunakan dan data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif. Kajian mendapati bahawa masih terdapat masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru pelatih sains dalam pengajaran sains menggunakan perantaraan bahasa Inggeris. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru tidak sepenuhnya mengajar sains dengan menggunakan bahasa Inggeris dengan alasan pelajar kurang menguasai bahasa Inggeris dan sukar memahami pelajaran sains. Selain itu guru pelatih merasakan pencapaian pelajar mereka dalam sains kurang memberangsangkan. Akhir sekali, beberapa cadangan dan implikasi kajian juga turut dibincangkan.  

 
P58

A CASE STUDY OF NETWORK BASED PROJECT LEARNING (NBPL) USING I-LEARN PORTAL, UITM. 

Siti Rahayu Abdul Aziz
Prasanna a/p Ramakrisnan
Nurul Hidayah Mat Zain
Nurmaisara Za`ba
Mohd Nor Hajar Hasrol Jono
(Universiti Teknologi Mara Malaysia,UiTM)

The Network-Based Project Learning (NBPL) is a teaching or learning model that involves the internet technology facilitates communication and the collaboration between learners by allowing an easy access and control of the project development. The NBPL can be classified into five categories. The first category is the Interaction. Interaction is an important component of learning [Spiceland & Hawkins, 2002] even in traditional way of learning. The second category is the Driving Questions. Thomas et al [2000] in his research have found that network-based project learning projects are focused on questions or problems that drive learners to encounter concepts and principles of a discipline. The third category is the Constructive Investigation. Constructive investigation needs the learners to apply multiple disciplines in order to solve problems and better understanding. The forth category is Autonomy. Network-based project learning gives autonomy to the learner. The last category is Realism. Network-based project learning incorporated real-life challenges where the focus is on authentic problems or question and where solutions have the potential to be implemented [Thomas, 2000]. Thus in this study, we present a case study of NBPL through i-learn Portal System which has all the tools in order to support the process of implementing the NBPL. We have implemented NBPL approach in the Network Design and Management (ITT550) subject. This subject requires students to do a project on network design. Finally we discuss the comparison between Network-based Project Learning and Traditional Classroom Learning

   
P59

FAKTOR-FAKTOR DALAM PROSES PEMBELAJARAN MATEMATIK DI FAKULTI PENDIDIKAN, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR 

Megat Aman Zahiri Bin Megat Zakaria
Norafandy Bin Yahaya
Azila Hanum Binti Hamzah
(Universiti Teknologi Malaysia)

Proses pembelajaran yang berkesan dipengaruhi oleh pelbagai aspek sama ada melibatkan individu itu sendiri atau faktor luaran. Kertas ini adalah satu kajian mengenai faktor motivasi pelajar, faktor gaya pembelajaran pelajar, faktor proses pengajaran pensyarah serta faktor kemudahan dan persekitaran pembelajaran dalam proses pembelajaran Matematik di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sampel kajian ini terdiri daripada 68 orang pelajar yang dipilih secara rawak mudah yang mengambil program ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik).  Data dianalisis bagi mendapatkan keputusan dalam bentuk kekerapan, peratus dan min. Nilai kebolehpercayaan bagi soal selidik ini ialah 0.9012 (α = 0.9012). Hasil kajian menunjukkan bahawa faktor motivasi pelajar dan  faktor kemudahan dan persekitaran berada pada tahap yang tinggi. Keseluruhan kajian juga mendapati kesan factor yang dikaji adalah berada tahap yang tinggi iaitu pada min 3.70.Kertas juga akan membincangkan beberapa cadangan bagi mengatasi kelemahan serta meningkatkan lagi tahap proses pembelajaran pelajar dalam Matematik.