Kata-Kata Aluan

     Tema Seminar

     Ucap Utama

     Prosiding

     Jawatankuasa Seminar

     Tentang Persatuan

     Jawatankuasa Persatuan

 

Kata-Kata Akuan Penasihat | Kata-kata Aluan Pengarah JPNJ | Kata-kata Aluan Pengerusi Persatuan
 


 

 

Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan hidayahNya, Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik 2008 dapat dianjurkan  dengan jayanya. 

Terlebih dahulu  saya merakamkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata dalam buku aturcara ini.  Saya juga ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak penganjur,  Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakannya. 

Seminar ini merupakan peluang bagi para pendidik dan penyelidik untuk berkongsi pelbagai idea, hasil kerja dan penemuan baru dalam bidang pendidikan. Saya berharap para peserta seminar akan dapat menterjemahkan pelbagai ide, hasil kerja dan penemuan baru ini menjadi asas bagi kita melakar strategi dan tindakan yang boleh diambil dalam menangani tuntutan perubahan  yang diperlukan dalam pendidikan sains dan matematik di negara kita. Manfaat ini pastinya boleh disebarkan secara lebih luas kepada warga pendidik melalui prosiding yang akan diterbitkan selepas seminar ini berakhir. 

Semoga seminar ini dapat mencapai objektif dan matlamatnya dan berupaya  memperkayakan ilmu dan kemahiran berkaitan pendidikan sains dan matematik. Selamat Berseminar. 

Terima kasih,

PROFESOR DR. MOHD SALLEH BIN ABU
Dekan
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Penasihat Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik