Kata-Kata Aluan

     Tema Seminar

     Ucap Utama

     Prosiding

     Jawatankuasa Seminar

     Tentang Persatuan

     Jawatankuasa Persatuan

 
Kertas  | 1 - 10 | 11 - 20 | 21 - 30 | 31 - 40 | 41 - 50 | 51 - 59 |
   
P31

 

Penggunaan Komputer Dan ICT Di Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran (P&P) Di Kalangan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Luar Bandar oleh Johari Hassan, Zainudin Hassan dan  Siti Norazlina Kamisan (Universiti Teknologi Malaysia) 
 
P32

  

Hubungan Antara Harga Diri Dan Pencapaian Sains Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah oleh Yahya Buntat, Muhammad Sukri Saud, Mohd Sharif Mustaffa, Siti Fatimah Saari (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P33

 

Masalah Pembelajaran Matematik Tahun Lima Dalam Bahasa Inggeris oleh Yahya Buntat, Muhammad Sukri Saud, Siti Fatimah Ahmad (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P34

 

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Membantu Membuat Kerja Rumah (Matematik) Di Kalangan Pelajar Tingkatan Dua. Satu Tinjauan Di Sebuah Sekolah Menengah Di Daerah Muar oleh Mohd Fami Bin Mohd Sahid, Mohamed Sharif Bin Mustaffa, Roslee Ahmad (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P35

 

Tahap Penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis Dan Mendefinisi Secara Operasi Di Kalangan Bakal Guru Kimia oleh Aziz Bin Nordin, Nor Hasniza Binti Ibrahim, Nurulhamizah Binti Azman (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P36 Sistem Algebra Komputer, Kefahaman Algebra Dan Pendidikan Matematik: Satu Analisis Konsepsi oleh Zaleha Ismail (Universiti Teknologi Malaysia)  dan Mark Tan Pack Lang (SMK Taman Selesa Jaya 2)
 
P37 Tahap Kemahiran Metakognitif Pelajar Dalam Menyelesaikan Masalah Matematik oleh Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun & Nur Wahida Zakaria (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P38 Penilaian Perisian Multimedia Bertajuk Pythagoras Theorem Form Two Dari Aspek Reka Bentuk Dan Pencapaian Pelajar oleh Zaidatun Tasir, Jamalludin Harun & Rasman Alip (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P39

Cognitive Gap To Understanding The Concept  Of Functions By  Siti Aishah Sh. Abdullah (University Technology Mara Kelantan)
 

P40

Penguasaan Kemahiran Memerhati Dan Kemahiran Meramal Dalam Mata Pelajaran Sains Pelajar Tahun Lima Daerah Johor Bahru oleh Mohd Ali Ibrahim dan Rohiza  Husain  (Universiti Teknologi Malaysia)
 

   
   
   
   
   
   
 

 

P31

 

PENGGUNAAN KOMPUTER DAN ICT DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) DI KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LUAR BANDAR

 Johari Hassan
Zainudin Hassan
Siti Norazlina Kamisan
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru pada masa kini sangat mendapat perhatian para penyelidik. Guru sepatutnya telah mengintegrasikan teknologi komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kertas kerja ini mengkaji tahap kemahiran dan bentuk penggunaan ICT, halangan-halangan dan cara mengatasai penggunaan komputer dan ICT di kalangan guru. Seramai 87 orang guru di tiga buah sekolah menengah luar bandar di daerah Kulai Jaya, Johor telah terlibat. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang dibina sendiri. Nilai kebolehpercayaan instrument kajian ialah 0.91. Segala data dianalisis menggunakan perisian komputer” Statistical Package for Social Science” SPSS versi 12.0. Hasil kajian menunjukkan tahap kemahiran para guru terhadap penggunaan komputer dan ICT masih berada pada tahap sederhana. Para guru juga lebih cenderung dan terhad menggunakan komputer dan ICT untuk kegunaan peribadi sahaja dan bukan untuk tujuan P&P. Antara halangan-halangan yang telah dikenalpasti ialah faktor masa, sikap, latihan dan kemudahan.


 

P32

  

HUBUNGAN ANTARA HARGA DIRI DAN PENCAPAIAN SAINS DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Yahya Buntat
Muhammad Sukri Saud
Mohd Sharif Mustaffa
Siti Fatimah Saari
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sama ada wujudnya hubungan antara Harga diri dan Pencapaian Sains dalam kalangan pelajar Sekolah Menengah di Bandar Kuching Sarawak. Responden kajian ini terdiri daripada  200 orang pelajar Tingkatan Dua dari dua buah sekolah di Bandar Kuching, Sarawak. Instrumen kajian menggunakan soal selidik yang terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A merangkumi maklumat latar belakang respondnen. Manakala bahagian B pula mengandung soalan-soalan berkaitan dengan tahap pencapaian mata pelajaran sains dan harga diri dalam kalangan pelajar. Kebolehpercayaan instrumen kajian soal selidik pada skala Alpha 0.8996. Data Kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science(SPSS) for Windowsn Versi 13.0. Hasil kajian menunjukkan harga diri dan juga pencapaian mata pelajaran sains para pelajar berada pada tahap sederhana dengan min keseluruhan 3.56 dan juga 3,51. Daripada hasil ujian-t, pengkaji mendapati bahawa tidak wujud perbezaan antara harga diri dan pencapaian sains dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan.


 

P33

 

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK TAHUN LIMA DALAM BAHASA INGGERIS

 Yahya Buntat
Muhammad Sukri Saud
Siti Fatimah Ahmad
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Machang Bubok II, Daerah Seberang Prai Tengah. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada pelajar Tahun Lima yang dipilih secara rawak. Instrumen kajian menggunakan soal selidik. Persoalan kajian ini akan menyentuh empat aspek utama yang meliputi faktor bahasa pengantar, tahap penguasaan bahasa Inggeris murid-murid, faktor teknik pengajaran guru dan juga faktor persekitaran. Data-data diproses menggunakan perisian Statistical Packages for Science Sosial (SPSS) Version 13.0 dan kemudian dianalisa serta dilaporkan dalam bentuk min dan peratusan. Kajian mendapati keempat-empat faktor permasalahan yang dikaji berada pada tahap sederhana.


 

P34

 

PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM MEMBANTU MEMBUAT KERJA RUMAH (MATEMATIK) DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN DUA. SATU TINJAUAN DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH MUAR

 Mohd Fami Bin Mohd Sahid
Mohamed Sharif Bin Mustaffa
Roslee Bin Ahmad
(Universiti Teknologi Malaysia)
 

Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah temubual. Ia bertujuan untuk melihat penglibatan ibu bapa dalam menyiapkan kerja rumah matematik para pelajar, meninjau perasaan pelajar dan meneroka kepercayaan pelajar mengenai pencapaian mereka. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah Muar melibatkan enam orang pelajar perempuan tingkatan dua. Rakaman temubual diproses menggunakan perisian Atlas/ti. Hasil kajian mendapati ibu bapa  kerap membantu anak-anak membuat kerja rumah. Ini dilakukan melalui teknik modeling, pengukuhan dan arahan langsung. Hasil kajian juga mendapati para pelajar berasa seronok jika ibu bapa melibatkan diri, pemahaman yang lebih dan menunjukkan kesan positif daripada bimbingan ibubapa. Secara keseluruhan kajian ini mendapati para pelajar mempunyai kepercayaan yang positif tehadap penglibatan ibu bapa dalam menyiapkan kerja rumah matematik. Ini dapat dilihat daripada aspek pencapaian akademik para pelajar melalui ketepatan, pemahaman dan tugasan yang diberi oleh guru. Walaubagaimana pun, hasil kajian turut mendapati terdapat pandangan ibu bapa yang bercanggah dengan pandangan guru. Di harap kajian ini dapat menjadi satu panduan kepada masyarakat tentang penglibatan ibu bapa dalam membantu anak-anak membuat kerja sekolah demi kecemerlangan mereka pada masa hadapan.   

 

P35

 

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBUAT HIPOTESIS DAN MENDEFINISI SECARA OPERASI DI KALANGAN BAKAL GURU KIMIA 

Aziz Bin Nordin
Nor Hasniza Binti Ibrahim
Nurulhamizah Binti Azman
(Universiti Teknologi Malaysia)
 

Kemahiran Proses Sains Bersepadu merupakan satu elemen penting dalam pembelajaran sains.  Memandangkan, Kemahiran Proses Sains Bersepadu amat perlu dikuasai oleh semua pelajar, maka kajian ini telah dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran ini.  Hanya dua jenis kemahiran sahaja yang diuji iaitu Kemahiran Membuat Hipotesis dan Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi.  Kajian ini telah melibatkan responden yang terdiri daripada pelajar Pendidikan Kimia, di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Johor.  Seramai lapan puluh sembilan orang bakal guru daripada setiap tahun pengajian diuji bagi menjayakan kajian ini.  Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik.  Nilai kebolehpercayaan kajian ini ialah α=0.87.  Data mentah yang diperolehi, diproses untuk mendapatkan frekuensi, peratusan, min dan ujian-t dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 11.5 (SPSS 11.5).  Kajian yang diperolehi mendapati purata tahap penguasaan Kemahiran Membuat Hipotesis berada di tahap baik sementara Kemahiran Mendefinisi Secara Operasi berada di tahap yang sederhana sahaja.  Kajian ini juga mendapati terdapat perbezaan tahap penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu yang signifikan bagi pelajar tahun akhir pendidikan kimia yang diuji


 

P36

SISTEM ALGEBRA KOMPUTER, KEFAHAMAN ALGEBRA DAN PENDIDIKAN MATEMATIK: SATU ANALISIS KONSEPSI

Zaleha Ismail
(Universiti Teknologi Malaysia)
Mark Tan Pack Lang
(SMK Taman Selesa Jaya 2)

Sistem Algebra Komputer (SAK) merupakan suatu teknologi perisian komputer yang digunakan untuk menyelesaikan masalah pengiraan matematik yang rumit. Pada kebiasaannya, perisian ini digunakan oleh ahli matematik untuk membantu menyelesaikan masalah rumit bagi membantu mendapat penyelesaian dengan kelajuan yang memberangsangkan. Namun, teknologi ini diperkenalkan ke bidang pendidikan matematik menengah dan kolej rendah yang membantu menjadi perancah untuk pelajar-pelajar yang tidak menguasai matematik tahap rendah. Kefahaman algebra (algebraic insight) pula merupakan sebahagian daripada symbol sense yang hanya bertumpu kepada fasa pengawasan process modeling di mana SAK dapat digunakan untuk melakukan tugas algoritma dengan cepat dan tepat.


 

P37

TAHAP KEMAHIRAN METAKOGNITIF PELAJAR DALAM MENYELESAIKAN MASALAH MATEMATIK

Zaidatun Tasir
Jamalludin Harun
Nur Wahida Zakaria
(Universiti Teknologi Malaysia)

Penyelesaian Matematik merupakan bidang kajian Pendidikan Matematik yang sentiasa mendapat perhatian.  Pelbagai faktor cuba dikaji bagi mendapatkan satu hasil kajian yang membantu pelajar meningkatkan keupayaan menyelesaikan sesuatu masalah Matematik.  Dalam kajian ini faktor yang dikaji adalah kemahiran metakognitif yang terdiri daripada kemahiran memantau, kemahiran menilai dan kemahiran mengawalatur (Jousovec, 1994, Namsoo, 1998, Vos, 2001).  Seramai 153 pelajar tahun satu Fakulti Pendidikan  diberikan soal selidik kemahiran metakognitif yang terdiri daripada 24 item berskala likert-4 mata.  Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dan kualitatif.  Hasil daripada kajian mendapati pelajar mempunyai tahap kemahiran metakognitif pelajar dalam menyelesaikan masalah Matematik yang agak tinggi (min= 3.29).  Manakala min bagi ketiga-tiga kemahiran memantau, menilai dan mengawalatur ialah 3.35, 3.30 dan 3.27. Daripada ujian-T(independent sample T-Test) pula menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan tahap kemahiran metakognitif merentas jantina pada α= 0.05 (p= 0.368).  Manakala perbezaan kursus yang diikuti  didapati tidak mempengaruhi tahap kemahiran metakognitif seseorang pelajar pada α=0.05 (p=0.233).  Analisis data kualitatif  melalui 2 soalan Matematik  dilakukan  terhadap 20 orang responden bagi mengenalpasti kemahiran metakognitif yang terlibat dalam menyelesaikan masalah Matematik.  Keputusan kajian ini mendapati kemahiran mengawalatur banyak ditunjukkan oleh pelajar diikuti kemahiran menilai dan kemahiran memantau.


 

P38

PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA BERTAJUK PYTHAGORAS THEOREM FORM TWO DARI ASPEK REKA BENTUK DAN PENCAPAIAN PELAJAR

Zaidatun Tasir
Jamalludin Harun
Rasman Alip
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Kajian ini bertujuan untuk menilai perisian multimedia bagi pembelajaran Matematik bertajuk “Pythagoras Theorem Form Two” berdasarkan kesesuaiannya dari aspek objektif, isi kandungan, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi. Disamping itu kajian ini turut melihat keberkesanan perisian tersebut terhadap pencapaian pelajar dan pencapaian pelajar berdasarkan jantina selepas menggunakan perisian. Kajian ini adalah sebuah kajian deskriptif berbentuk kuantitatif. Instrumen kajian yang digunakan untuk mengumpul data ialah borang penilaian perisian serta ujian pencapaian pra dan pos. Skala Likert empat mata telah digunakan dalam borang penilaian perisian. Responden kajian terdiri daripada 48 orang pelajar sebuah sekolah di daerah Kota Belud, Sabah. Data kuantitatif dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 14.0. Dapatan kajian menunjukkan responden memberi persepsi yang positif terhadap kesesuaian objektif (min = 3.29), isi kandungan (min = 3.07), dan reka bentuk antaramuka (min = 3.11). Namun begitu, responden memberi persepsi kurang memuaskan terhadap reka bentuk interaksi (min = 2.82). Hasil analisis ujian T, Paired Sample T-Test pula menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan di antara pencapaian pelajar dalam ujian sebelum (min = 2.77) dan selepas (min = 4.79) menggunakan perisian multimedia tersebut pada α = 0.05 (p = 0.00). Walaupun demikian, hasil analisis ujian T, Paired Sample T-Test menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki (min = 4.50) dan pelajar perempuan (min = 5.08) selepas menggunakan perisian (α = 0.05, p = 0.219).

 


 

P39

COGNITIVE GAP TO UNDERSTANDING THE CONCEPT  OF FUNCTIONS

Siti Aishah Sh. Abdullah
(University Technology Mara Kelantan) 

Constructivist theory of learning posits that students construct their own learning which may differs from formal mathematics taught by teachers’ in the classrooms. It is therefore crucial that constructivist teacher assess formatively student’s conceptions, identifying errors or difficulties associated with the process of learning. This paper reports on a study that investigates form four students understanding of the concept of functions. The students were individually interviewed while solving problems in four seperate sessions. Qualitative analysis of their responses indicated three main types of difficulties: symbols of f(x), connecting functions analytically and geometrically and formal definition of function. Critical protocols from the interviews abstracted illustrated the stumbling block faced by students in comprehending this important concept needed for higher learning. The difficulties highlighted should serve as a basis towards helping students to modify their learning to a more sophisticated level.


 

P40

PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMERHATI DAN KEMAHIRAN MERAMAL DALAM MATA PELAJARAN SAINS DI KALANGAN PELAJAR TAHUN LIMA DAERAH JOHOR BAHRU 

Mohd Ali Ibrahim
Rohiza Husain
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penguasaan kemahiran memerhati dan kemahiran meramal dalam kalangan pelajar Tahun Lima merentas bahasa, sikap dan pencapaian dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah. Penguasaan yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pengetahuan dan kefahaman pelajar dalam skop kemahiran yang dikaji. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor pengetahuan dan kefahaman pelajar terhadap bahasa, sikap dan pencapaian.