Kata-Kata Aluan

     Tema Seminar

     Ucap Utama

     Prosiding

     Jawatankuasa Seminar

     Tentang Persatuan

     Jawatankuasa Persatuan

 
Kertas  | 1 - 10 | 11 - 20 | 21 - 30 | 31 - 40 | 41 - 50 | 51 - 59 |
   
P41 Number sense among children:Children’s strategies in solving addition and subtraction word problems by Munirah Ghazali, Noorazian (USM) and Noor Azlan Zanzali (UTM)
 
P42

The level of problem solving ability and its relationship with metacognitive skills among form four physics students in secondary schools in Johor by Seth Sulaiman and Marlina Ali ( UTM)
 

P43 Kesan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris terhadap pelajar Universiti Teknologi Malaysia oleh Tuah Ishak dan Mohini Mohamed (UTM)
 
P44

Teknik memotivasikan pelajar dewasa pengajian separuh masa dalam pengajaran sains dan matematik oleh Hamdan Said, Yeo Kee Jiar, Baharin Abu dan Syed Mohd Shafeq Syed Mansur (UTM)
 

P45

Tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik bagi pelajar tingkatan empat di sekolah menengah teknik daerah Johor Bahru merentas jantina oleh Zaiton Daud dan Shaharom bin Nordin (UTM)
 

P46

Menjadikan P & P di bilik darjah lebih efektif dan konkrit: Cabaran penggunaan video, audio, grafik dan animasi dalam P & P oleh Muslim Joned (UTM)
 

P47

Tahap kefahaman mengukur serta menggunakan nombor dan membina hipotesis dalam kalangan pelajar fizik merentasi jantina oleh Siti Sarah Muhammad Raflee dan Shaharom  Noordin (UTM)
 

P48 Tahap Kemahiran berfikir kritis pelajaran sains tingkatan empat di daerah kulai merentasi etnik oleh Sarimah Kamrin dan Shaharom Nordin (UTM)
 
P49 Pengajaran dan pembelajaran matematik dari sudut bahasa oleh Ismail Kailani (UTM)
 
P50

Interaksi Verbal Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah oleh Tay Chong Seng  (IPG Tun Hussein Onn)  & Mohammad Yusof  Arshad (UTM)












 

 

 

   
P41

NUMBER SENSE AMONG CHILDREN : CHILDREN’S STRATEGIES IN SOLVING ADDITION AND SUBTRACTION WORD PROBLEMS 

Munirah Ghazali (USM)
Noorazian (USM)
Noor Azlan Zanzali (UTM)
 

The research reported here is part of a bigger project that aims to look at the assessment of numbers sense from three lenses. First, by investigating the strategies that children use to solve mathematical problems. Secondly, by examining the ways in which current curricular materials in Malaysia promote number sense focus on mental computation and estimation of addition, subtraction, multiplication and division problems. Thirdly, the research will investigate the ways in which teachers' instructional practices support the development of number sense with respect to mental computation and computational estimation in solving addition, subtraction, multiplication and division problem. The pilot study reported is part of the efforts involved in the investigation of children’s strategies in solving addition and subtraction word problems. 26 children from primary one to three were involved in this study. The task analyses method was used in the study. Data was collected in one-to-one sessions where each student was required to solve word problems involving the addition and subtraction operations. The task consisted of 10 addition and subtraction problems in various forms and representations. The problems consisted of addition and subtraction in one, two and three digits. Data were collected using audio and video tapes. Initial analyses of data indicated that children possess various and rich strategies in solving addition and subtraction strategies. There appears to be certain dominant strategies and whether these are related to instruction is an interesting question for further inquiry. It also appears that the choice of strategies is related to children’s learning experiences.

 

P42

THE LEVEL OF PROBLEM SOLVING ABILITY AND ITS RELATIONSHIP WITH METACOGNITIVE SKILLS AMONG FORM FOUR PHYSICS STUDENTS IN SECONDARY SCHOOLS IN JOHOR 

Marlina binti Ali
Seth bin Sulaiman
(
Universiti Teknologi Malaysia)

This paper respresents part of the findings of the short term research project on Metacognition funded by Research Management Centre (RMC) Universiti Teknologi Malaysia. The aim of this paper is to highlight part of the findings of the main study which was to determine the level of problem solving ability and its relationship with metacognitive skills among form four physics students in secondary schools in Johor. In the study, a sample of 1 300 student respondents were selected from nine districts in Johor. The districts are Batu Pahat, Muar, Kota Tinggi, Pontian, Johor Bahru, Segamat, Mersing, Kulai and Kluang. Two well-validated instruments namely Metacognitive Skills Questionnaire (MSQ) and Physics Problem Solving Ability Test (PPSAT) were conducted and the data collected were analysed using SPSS software. Descriptive statistics- means, standard deviation, percentages and inferential statistics one way ANOVA and Pearson-r were used for interpreting the data. Findings of the study revealed that the level of problem solving ability among form four physics students in Johor was moderate. Furthermore, there was a weak but significant correlation (α=0.01) between metacognitive skills and Physics problem solving ability of the respondents. However, students with high metacognitive skills had mean score on PPSAT which was significantly different from those students with moderate and weak metacognitive skills (α=0.01). There was no significant difference in Problem solving skills between students with moderate and weak metacognitive skills.


 

P43

KESAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS TERHADAP PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tuah Ishak
(Sekolah Menengah Perempuan Sultan Ibrahim, Johor Bahru)
Mohini Mohamed
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah mendapat perhatian bukan sahaja para penyelidik bahkan para ibu bapa, pelajar dan para guru. Dalam konteks kajian ini, tiga aspek iaitu kesediaan, minat dan keyakinan pelajar telah dikaji. Seramai 309 orang pelajar tahun tiga daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah dijadikan sampel dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah set soal selidik yang mengandungi 34 item berskala Likert yang mempunyai lima pilihan respon beserta dua soalan terbuka. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah a = 0.895. Analisis statistik deskriptif dan inferensi telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah pada tahap sederhana dan kurang memuaskan. Walaubagaimanapun, majoriti pelajar bersetuju dan akur dengan pelaksanaan polisi terbabit dan menyatakan bahawa ianya penting bagi peningkatan penguasaan bahasa Inggeris untuk kejayaan dalam kerjaya dan masa depan mereka.



 

P44

TEKNIK MEMOTIVASIKAN PELAJAR DEWASA PENGAJIAN SEPARUH MASA DALAM PENGAJARAN SAINS DAN MATEMATIK

Hamdan Said
Yeo Kee Jar
Bahrin Abu
Syed Shafeq bin Syed Mansur
(universiti Teknologi Malaysia)

Kertas kerja ini membincangkan teknik-teknik yang boleh digunakan oleh pendidik untuk memotivasikan pelajar dewasa yang mengikuti pengajian secara separuh masa di ITP membentuk dan meningkatkan minat dalam mempelajari kursus sains dan matematik. Perbincangan dimulakan dengan memberikan ciri-ciri pelajar dewasa, contoh-contoh kekangan yang kerap dihadapi dalam pembelajaran mereka, dan diakhiri dengan pelbagai teknik motivasi yang mudah dan berbentuk “common sense” bertujuan untuk memotivasikan mereka. Perbincangan juga meliputi keperluan pensyarah untuk merekabentuk kursus sains dan matematik supaya lebih mefokuskan  gaya pembelajaran dan keperluan motivasi pelajar dewasa.


 

P45

TAHAP PENCAPAIAN DALAM MENYELESAIKAN MASALAH FIZIK BAGI PELAJAR TINGKATAN EMPAT DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK  DAERAH JOHOR BAHRU MERENTAS JANTINA 

Zaiton Binti Daud
(SMK Jalan Kota Tinggi, Johor Bahru)
Shaharom Bin Noordin
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti status tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik dalam kalangan pelajar tingkatan empat sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru.  Seramai 170 orang pelajar lelaki dan 142 orang pelajar perempuan terlibat dalam kajian ini.   Ujian pencapaian Tinjauan Pencapaian Fizik (TPF) yang mengandungi dua (2) item soalan dalam tajuk Kinematik digunakan untuk mendapat maklumat tentang status pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik.  Hasil kajian menunjukkan tahap pencapaian pelajar dalam menyelesaikan masalah fizik adalah rendah.  Ujian statistik Khi-kuasa dua (χ2) menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang bererti dari segi tahap pencapaian dalam menyelesaikan masalah fizik merentas jantina pada aras keertian α = .05.  Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa penerapan kemahiran saintifik yang merupakan domain yang diberi penekanan dalam Kurikulum Fizik yang disemak semula kurang berjaya dilaksanakan di sekolah serta pelajar juga belum mampu menguasai dan menggunakan pengetahuan sedia ada dalam tajuk Kinematik untuk menyelesaikan masalah.


 

P46

MENJADIKAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN DI BILIK DARJAH LEBIH EFEKTIF DAN KONKRIT : CABARAN PENGGUNAAN VIDEO, AUDIO, GRAFIK DAN ANIMASI DI DALAM P & P. 

Muslim Bin Jonid
(Universiti Teknologi Malaysia)

 Umum mengetahui bahawa pada zaman ICT dewasa ini, penggunaan bahan bantu mengajar seperti komputer, projektor LCD, Powerpoint, video, audio, grafik dan animasi sememangnya dapat meningkatkan produktiviti pengajaran guru di bilik darjah. Kementerian Pelajaran Malaysia telah dan sedang berusaha untuk membekalkan pelbagai bahan bantu mengajar berbentuk CDROM kepada guru-guru di sekolah bagi maksud ini. Para guru sepatutnya turut sama menyumbang dalam menghasilkan sendiri bahan bantu mengajar berasaskan komputer seperti video, grafik dan animasi bagi menyuburkan dan memeriahkan lagi bahan sokongan pengajaran yang canggih. Di dalam kertas kerja ini akan ditunjukkan video, audio, grafik serta animasi mudah yang boleh dihasilkan sendiri oleh para guru. Cabaran-cabaran yang dihadapi oleh para guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang canggih ini juga akan di kupas. Seterusnya akan dibincangkan tools yang perlu dikuasai oleh para guru bagi menghasilkan bahan bantu mengajar canggih ini.


 

P47

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN MENGUKUR SERTA MENGGUNAKAN NOMBOR DAN MEMBINA HIPOTESIS DALAM KALANGAN PELAJAR PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS JANTINA

Siti Sarah Binti Muhammad Raflee
Shaharom Bin Noordin
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kemahiran Saintifik amat diberi penekanan dalam Kurikulum Sains terutamanya bagi mata pelajaran Fizik di Negara kita. Dalam konteks kajian yang dijalankan, penyelidik menguji tahap kefahaman kemahiran mengukur serta menggunakan nombor dan kemahiran membina hipotesis. Seramai 36 orang pelajar Tahun Tiga Pendidikan Fizik di Universiti Teknologi Malaysia iaitu 12 lelaki dan 24 perempuan akan terlibat dalam kajian ini. Terdapat dua pembolehubah bebas iaitu jantina dan program pengajian. Alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Mengukur Serta Menggunakan Nombor Dan Kemahiran Membina Hipotesis yang mengandungi 40 item berbentuk objektif aneka pilihan dengan masing-masing 20 item bagi setiap kemahiran. Kebolehpercayaan alat kajian ini adalah α = .91. Statistik deskriptif dalam bentuk min, sisihan lazim, markat maksimum dan minimum digunakan untuk menganalisis data. Dapatan kajian mendapati, secara keseluruhannya tahap kefahaman kemahiran mengukur serta menggunakan nombor dan kemahiran membina hipotesis ialah baik. Terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas jantina di mana pelajar lelaki pada tahap baik dan pelajar perempuan berada pada tahap cemerlang. Ini menunjukkan bahawa pelajar masih belum menguasai sepenuhnya Kemahiran Saintifik yang diamalkan sepanjang proses pembelajaran mereka.


 

P48

TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS  PELAJAR SAINS TINGKATAN EMPAT DI DAERAH KULAI  MERENTAS ETNIK

Sarimah Binti Kamrin
(SMK Seri Pinang,
Bandar Tenggara Kulai)
Shaharom Bin Noordin
(Universiti Teknologi Malaysia)

Kemahiran Berfikir Kritis merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar dan telah pun diberikan penekanan sejak penggubalan semula Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mana ianya dikenali sebagai Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir kritis ini merupakan kemahiran yang penting dalam proses pembentukan ciri-ciri warga negara yang maju selaras dengan hasrat kerajaan menerusi Wawasan 2020.   Seramai 269 orang pelajar terlibat dalam kajian ini yang terdiri daripada 116 orang pelajar lelaki dan 153 orang pelajar perempuan dari lima buah sekolah menengah di daerah Kulai.  Pelajar yang terlibat dalam kajian ini berumur antara 16 tahun hingga 17 tahun.  Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah Watson Glaser Critical Thinking Appraisal-A (WGCTA-A) yang mengandungi 80 item. Reka bentuk kajian yang dijalankan berbentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik.  Data yang diperolehi dianalisis  menggunakan statistik deskriptif iaitu min, sisihan lazim dan peratusan serta statistik inferensi iaitu ANOVA satu hala. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tidak terdapat perbezaan min Kemahiran Berfikir Kritis yang bererti dalam kalangan pelajar Sains tingkatan empat merentas etnik. Dapatan kajian ini memberikan implikasi bahawa proses P&P perlu memberikan penekanan kepada proses penerapan kemahiran berfikir agar pelajar dapat meningkatkan tahap penguasaan Kemahiran Berfikir Kritis mereka.


 

P49

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DARI SUDUT BAHASA 

Ismail Kailani
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Isu mengenai bahasa dan matematik merupakan salah satu isu yang mendapat perhatian berbagai pihak di merata tempat di seluruh dunia. Pengajaran dan pembelajaran matematik tidak boleh dipisahkan daripada bahasa, kerana bahasa merupakan alat untuk berkomunikasi dan berfikir. Ada berbagai perkara yang melibatkan bahasa yang perlu diketahui dan difahami, serta diberi perhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Kertas ini akan membincangkan secara ilmiah beberapa perkara pokok yang melibatkan bahasa dan matematik. Berdasarkan kefahaman yang mendalam mengenai hubungkait antara bahasa dan matematik, diharap kita akan dapat berhujah secara ilmiah mengenai berbagai isu yang melibatkan bahasa dan matematik.


 

P50

INTERAKSI VERBAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS SEKOLAH RENDAH

Tay Chong Seng
(Institut Perguruan Tun Hussein Onn)
Mohammad Yusof  Arshad
(Universiti Teknologi Malaysia)

Pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah rendah telah dilaksanakan berdasarkan kepada saranan pendekatan konstruktivisme. Bagi mengkaji apa yang berlaku di bilik darjah, maka satu kajian interaksi verbal bilik darjah telah dijalankan. Bagi tujuan ini 20 orang guru sains tahun lima dan enam bersama pelajarnya dan dua sesi pengajaran diperhati dan dirakamkan. Data direkodkan melalui Instrumen Pemerhatian berlandaskan kepada Pendekatan Konstruktivisme (IPPK) yang dibina terutamanya berdasarkan kepada ‘Flanders’ Interaction Analysis Categories’ (FIAC) dan ‘Science Teaching Observation Schedule’ (STOS). Data dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Dapatan menunjukkan bahawa interaksi verbal yang berlaku adalah banyak kepada pernyataan guru yang merupakan syarahan disusuli dengan keadaan senyap/kekeliruan. Ini menunjukkan bahawa guru masih mendominasikan interaksi verbal dan adalah lebih berpusatkan kepada guru. Penyoalan guru dan aktiviti yang dimulai oleh pelajar berlaku pada tahap yang minimun. Amalan yang sedemikian, tidak akan membantu pelajar ke  arah pembelajaran yang aktif dan bermakna sebagaimana yang dituntut di bawah pendekatan konstruktivisme. Oleh itu, amalan pendekatan ini perlu dinilai semula bagi memastikan keberkesanannya.