
Persatuan Sains dan Matematik Negeri Johor (PPSMJ) adalah persatuan professional yang sangat menitikberatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik melalui penyelidikan dan jaringan keilmuan. Matlamat utama PPSMJ adalah untuk membantu pelajar dan ahli akademik menguasai dengan jayanya intipati ilmu sains dan matematik. Antara usaha yang dilaksanakan oleh PPSMJ bagi merealisasikan matlamat tersebut adalah dengan
|
menyediakan medan bagi pendidik dan mereka yang berkaitan dengan pendidikan untuk berkongsi idea, ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam menangani masalah dan isu-isu yang berkaitan pendidikan |
|
menggalakkan aplikasi pelbagai teknik, strategi penyelidikan mahupun pandangan teoritikal untuk menyiasat dan meneliti proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik;
|
|
menyediakan platform bagi memudahkan para penyelidik pendidikan sains dan matematik untuk memperluaskan jaringan keilmuan yang ditemui bersama dengan individu-individu yang turut dipertanggungjawabkan dalam meningkatkan keutuhan proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik;
|
|
menjalinkan kerjasama bersama dengan persatuan-persatuan ilmiah yang lain untuk mempengaruhi polisi pendidikan. |
Sejak ianya ditubuhkan pada 1977, PPSMJ telah berjaya mengeluarkan sebanyak 16 buletin yang memuatkan karya penulisan hasil daripada penyelidikan para pengajar sains dan matematik di institusi pengajian tinggi dan guru-guru sains dan matematik di seluruh Negeri Johor
|