Kata-Kata Aluan

     Tema Seminar

     Ucap Utama

     Prosiding

     Jawatankuasa Seminar

     Tentang Persatuan

     Jawatankuasa Persatuan

 
Kertas  | 1 - 10 | 11 - 20 | 21 - 30 | 31 - 40 | 41 - 50 | 51 - 59 |
   
P1 Hubungkait Kemahiran Penggunaan Komputer Dengan Perisian Multimedia Ke Atas Pembelajaran Matematik Kanak-Kanak Prasekolah oleh Abdul Halim Masnan (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
 
P2

 

Conceptions Of Scientific Evidence In Investigative   Tasks   Among   Trainees   In   A  Teacher Training College In Kuching by Tan Ming Tang (Institut Perguruan Batu Lintang)
 
P3

 

Keberkesanan SCL Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran  Subjek Electromagnetic Fields Theory by Zainah Md. Zain (Universiti Malaysia Pahang)
 
P4

 

On The Development Of The Enriched Version Of The Traditional Introductory Physics Laboratory Work  (IPLW) by Abu Hassan Husin And Seth Sulaiman (Universiti Teknologi  Malaysia) 
 
P5

 

Factors Related To Student Mathematics Achievement : A Case Study Among Diploma Intake At University Malaysia Perlis by Aishah Mohd Noor and  Maz Jamilah Masnan (University Malaysia Perlis) 
 
P6

  

Perbandingan Pengajaran Berasaskan Multimedia Dan Tradisional Ke Atas Pencapaian Matematik Dan Sikap Matematik Pelajar Berisiko oleh Azura Ishak,  Zakaria Kasa,  Bahaman Abu Samah & Hasan Selamat  (Universiti  Putra Malaysia)
 
P8 Pembangunan Ruang Kuiz  Untuk  Majallah  Web  Matematik  oleh Norulhuda  Ismail & Zaleha Ismail (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P9 Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi Dan Mengeksperimen Dalam Kalangan Pelajar  Tahun Dua  Pendidikan Fizik Merentas Program Pengajian oleh Hanizah Binti Misbah & Shaharom Bin Noordin (Universiti Teknologi Malaysia)
 
P10 Corak Gaya Kognitif Dan Tahap Penguasaan Konsep Daya Newtonian Di Kalangan Pelajar Tingkatan Enam Rendah: Satu Kajian Rintis oleh Low Fee Ngoo &Seth Sulaiman (Universiti Teknologi Malaysia)
 
 

 

   
P1

 

KEMAHIRAN KOMPUTER DENGAN PERISIAN MATEMATIK DAN KESANNYA TERHADAP PEMBELAJARAN MATEMATIK KANAK-KANAK PRASEKOLAH 

Abdul Halim Masnan
Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Universiti Pendidikan Sultan Idris



Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kesan penggunaan perisian matematik terhadap pembelajaran matematik kanak-kanak di prasekolah. Sampel terdiri daripada 29 orang kanak-kanak berumur lima dan enam tahun. Keputusan analisis Korelasi Pearson menunjukkan tidak  terdapat perkaitan signifikan antara latar belakang keluarga dengan kemahiran komputer dan pembelajaran matematik kanak-kanak. Hasil ujian Korelasi yang dijalankan menunjukkan terdapat perkaitan negatif antara kemahiran komputer dan kesannya terhadap pembelajaran matematik kanak-kanak. Hasil dari ujian T-test mendapati tidak terdapat perbezaan kemahiran komputer di antara kanak-kanak berumur lima dan enam tahun dan kebolehan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Juga didapati tidak terdapat perbezaan antara kanak-kanak yang mempunyai komputer di rumah dengan yang tidak mempunyai komputer di rumah terhadap pencapaian pembelajaran matematik mereka. Kajian ini memberi implikasi bahawa kanak-kanak boleh mendapat pengetahuan matematik sama ada melalui kematangan atau persekitaran rumah dan tidak dipengaruhi oleh penggunaan perisian matematik.

 


 

P2

 

 CONCEPTIONS AND APPLICATIONS OF SCIENTIFIC EVIDENCE IN INVESTIGATIVE   TASKS   AMONG   TRAINEES   IN   A  TEACHER TRAINING COLLEGE IN KUCHING

Tan Ming Tang
(Institut Perguruan Batu Lintang) 

The main aims of this study were to describe science teacher trainees’ understanding of scientific evidence regarding measurement reliability and design validity. Three physical science experiments and two scenario tasks were employed in this study. The sample consisted of 87 trainees from a teacher training institute in Kuching. A quantitative methodology involving observation, interview, practical report and scenario was used. The results reveal that at least 87% (76), 36% (31), 25% (22), 64% (56), and 5% (4) of the sample had the right conceptions on repeats, variance, treatment of anomalous result, fair test and external validity aspect respectively in the practical task. Similarly, 44% (38), 75% (65), 26% (23), 41% (36) and 6% (5) of the sample were found to possess the right conceptions on each of the above aspects respectively over both scenarios. As to the cross-protocol comparison of the sample’s conceptions of scientific evidence across both practical and scenarios, weak to moderate correlation values (r = .04 to .38) were obtained. This seems to indicate that the scenario task may not be a suitable alternative to the practical task in measuring college students’conceptions of scientific evidence regarding measurement reliability and design validity.
 

P3

 

CONCEPTIONS AND APPLICATIONS OF SCIENTIFIC EVIDENCE IN INVESTIGATIVE TASKS   AMONG TRAINEES IN A TEACHER TRAINING COLLEGE IN KUCHING

Zainah Md. Zain
(Universiti Malaysia Pahang) 
 


Subjek Electromagnetic Fields Theory (EMT) dikategorikan sebagai ‘killer subjek’ dikalangan pelajar Tahun 3 Fakulti Kejuruteraan Elektrik & Elektronik (FKEE) dan kadang-kala menjadi masalah bagi para pelajar mengikutinya. Subjek ini merupakan subjek wajib yang telah ditetapkan oleh Engineering Accreditation Council (EAC) bagi pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Elektrik & Elektronik. Selain kandungan subjek berbentuk teori yang agak sukar difahami dan diikuti, ia juga melibatkan pengiraan yang mana memerlukan asas fizik dan kemahiran matematik yang kukuh. Pendekatan Student Centered Learning (SCL) sedikit sebanyak membantu mengubah pencapaian pelajar dalam subjek ini. Pelbagai kaedah dapat diaplikasikan supaya matapelajaran yang memerlukan pemahaman yang tinggi dan pengiraan yang mencabar dapat diikuti oleh para pelajar.


 

P4

 

ON THE DEVELOPMENT OF THE ENRICHED VERSION OF THE TRADITIONAL INTRODUCTORY PHYSICS LABORATORY WORK  (IPLW)

Abu Hassan Husin
Seth Sulaiman
(Universiti Teknologi  Malaysia) 

 

The traditional IPLW has been criticised for its routine nature and its lack of contribution towards enhancing the students’ conceptual understanding of physics. Except for a few manipulative skills, the learning in the IPLW is in general not fruitful. The enriched version of the IPLW incorporates clearly stated learning outcomes, pre-post laboratory and concept map (CMAP) activities and the introduction of basic uncertainty calculations. Students learning outcomes are measured by an instrument IPLW-Learning Outcome Inventory (LOI) administered as a pre-post test which is then analysed by calculating the Hake’s Normalized Learning Gain. The  post only IPLW-Attitude Survey (AS) is also carried out. The results of IPLW-LOI and IPLW-AS between the treated (Enriched Version) and the control (Traditional) groups are then compared.


 

P5

 

FACTORS RELATED TO STUDENT MATHEMATICS ACHIEVEMENT : A CASE STUDY AMONG DIPLOMA INTAKE AT UNIVERSITY MALAYSIA PERLIS

Aishah Mohd Noor
 Maz Jamilah Masnan
(University Malaysia Perlis) 

This study explored the factors related to student mathematics achievement among diploma intake who embark in engineering program at Universiti Malaysia Perlis. This is because we feel that the students’ mathematical background  will be crucial importance in order to determine their success in their engineering mathematics courses. From the past data, we find out that there were higher failure rate in Engineering Mathematics II final exam paper. Thus, the instructors awareness in exploring new strategies for teaching delivery and learning processes is essential so that with the encouragement and learning support given, it will help students to prepare for their engineering materials. Factors such as background in mathematics, attitudes and anxiety towards mathematics are being identified as variables that linked to their performance in Engineering Mathematics II course. For this purpose, we have designed a structured questionnaire consist of students background, teacher evaluation, mathematics anxiety and attitude scale. A sample of 15 students who took Engineering Mathematics II was asked to complete the questionnaire. This paper will present the results of the survey together with statistical analysis to assess the importance of these factors toward mathematics learning and students achievement.



 

P6

  

PERBANDINGAN PENGAJARAN BERASASKAN MULTIMEDIA DAN TRADISIONAL KE ATAS PENCAPAIAN MATEMATIK DAN SIKAP MATEMATIK PELAJAR BERISIKO

Azura Ishak
Zakaria Kasa
Bahaman Abu Samah
Hasan Selamat 
(Universiti  Putra Malaysia) 
 

Based on the related resources and literature, multimedia based teaching can stimulate learning and improve student’s academic achievement.  Nevertheless, there is little evidence to support or to refute this statement specifically among at-risk student.  The main purpose of the study is to compare the effect of multimedia based teaching and traditional based teaching towards Mathematics achievement and Mathematics attitude focusing among at-risk. The method used in this study is quasi experiment involving 54 students and the duration of this study was 10 weeks.   Mathematics test and Mathematics attitude used as the instrument.  Data was analyzed using paired t-test and ANCOVA. The findings showed that there was a significant increase in the Mathematics achievement for both at-risk students’ classes where Mathematic subject was taught using multimedia and traditional approach.  However, there was no significance difference of Mathematics achievement among at-risk students in multimedia approach and traditional approach.   Besides that, the finding also showed that there was a positive increase in the Mathematics attitude for multimedia-based group students where as the traditional-based class showed the contrary result on their students’ Mathematics attitude.  The study also found that there was no significance difference of Mathematics attitude among at-risk students taught Mathematics in multimedia approach is and another class taught Mathematics in traditional. 
 

P8

PEMBANGUNAN RUANG KUIZ  UNTUK  MAJALLAH  WEB  MATEMATIK 

Norulhuda  Ismail
Zaleha Ismail
(Universiti Teknologi Malaysia)
 

Penaksiran merupakan satu aspek penting dalam pembelajaran bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar dan bagi memperbaiki pemahaman pelajar tentang sesuatu topik pelajaran. Projek ini telah menggunakan perisian terbuka (Course Management System) MOODLE Versi 1.9B4 bagi membangunkan bahan penaksiran berasaskan web berbentuk kuiz serta berasaskan model ADDIE. Kuiz ini diselitkan sebagai ruangan dalam majalah web matematik, Dunia Matematik. Sistem MOODLE ini dianggap sesuai kerana rekabentuknya berasaskan Sosial Konstruktivisme yang menggariskan bahawa pembelajaran berlaku dalam konteks sosial dan pelajar membina sendiri pengetahuan baru berdasarkan pengalaman lepas. Kuiz yang dibangunkan bagi lima keluaran pertama adalah ditumpukan kepada sukatan pelajaran Menengah Rendah bagi tajuk Algebraic Expression (III) dan Linear Equations (II) dan untuk Menengah Atas tajuk Quadratic Expression and Equations dan Probability I. Kuiz yang dibangunkan adalah berbentuk aneka pilihan dengan setiap pilihan jawapan disediakan maklumbalas yang menarik. Pilihan jawapan serta maklumbalas yang diberikan adalah berdasarkan kepada kesilapan lazim serta miskonsepsi yang mungkin berlaku dalam diri pelajar dan berfungsi untuk membantu pelajar memperbetulkan kesilapan mereka. Ia juga menyediakan rekod penyertaan dan gred pelajar secara automatik. Kuiz ini diberi had masa untuk pelajar menjawabnya. Artikel bagi mengisi ruangan Pelajari Matematik juga telah ditulis menggunakan perisian terbuka Joomla Versi 1.5. Tujuan utama artikel dibangunkan adalah untuk membantu pelajar memantapkan lagi kaedah mempelajari subjek Matematik di sekolah. Kajian di sekolah yang dilakukan oleh pengkaji lain menunjukkan kuiz atas talian ini mampu menjadikan penaksiran sebagai satu aspek pembelajaran yang lebih menarik dan efektif. Guru dan pelbagai pihak terlibat harus memberi perhatian terhadap perkara ini untuk menggalakkan penggunaan komputer dalam penaksiran pelajar.

 


 

P9

TAHAP KEFAHAMAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN MENGEKSPERIMEN DALAM KALANGAN PELAJAR  TAHUN DUA  PENDIDIKAN FIZIK MERENTAS PROGRAM PENGAJIAN

 Hanizah Binti Misbah
Shaharom Bin Noordin
(Universiti Teknologi Malaysia) 

Tahap kefahaman pelajar dalam Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian banyak penyelidik. Dalam konteks kajian ini, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen sebelum dan selepas mengikuti kursus Pendidikan Amali Fizik I dikaji. Seramai 41 orang pelajar yang terdiri daripada 12 lelaki dan 29 perempuan yang merupakan pelajar tahun dua program Pendidikan Fizik di Univesiti Teknologi Malaysia, Skudai terlibat dalam kajian ini. Pembolehubah bersandar dalam kajian ini ialah tahap kefahaman pelajar. Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Komunikasi dan Mengeksperimen yang mengandungi 40 item berbentuk aneka pilihan adalah alat kajian yang digunakan dengan kebolehpercayaan, á =.93. Statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim digunakan untuk menganalisisi data yang diperolehi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman pelajar sebelum dan selepas menjalani kursus dengan masing-masing adalah baik. Di samping itu, tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman merentas program pengajian sebelum dan selepas mengikuti kursus. Tahap kefahaman pelajar bagi kedua-dua program pengajian adalah baik. Secara keseluruhannya, tahap kefahaman kemahiran komunikasi dan mengeksperimen pelajar adalah sama sebelum dan selepas menjalani kursus Pendidikan Amali Fizik I. Justeru, usaha-usaha untuk meningkatkan lagi tahap kefahaman pelajar perlu dilaksanakan bagi melahirkan individu yang cemerlang dan berkualiti dalam bidang sains dan teknologi.


 

P10

CORAK GAYA KOGNITIF DAN TAHAP PENGUASAAN KONSEP DAYA NEWTONIAN DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN ENAM RENDAH: SATU KAJIAN RINTIS

Low Fee Ngoo
Seth Sulaiman
(Universiti Teknologi Malaysia) 

 

Gaya kognitif field independent dan field dependent bukannya istilah yang baru dalam bidang pendidikan dan telah dikaji melebihi 30 tahun. Satu kajian bertujuan meninjau corak gaya kognitif dan tahap penguasaan konsep daya newtonian telah dijalankan. Subjek kajian terdiri daripada 46 orang pelajar tingkatan enam rendah (perempuan = 25, lelaki = 21) di Batu Pahat. Dua set soal selidik iaitu Force Concept Inventory (FCI) yang mengandungi 30 item dan Group Embedded Figures Test (GEFT) yang terdiri daripada 25 item masing-masing ditadbirkan untuk mengkaji tahap penguasaan konsep newtonian serta gaya kognitif pelajar. Perbezaan antara gaya kognitif dan penguasaan konsep daya newtonian dengan jantina juga ditentukan. Salah konsep yang masih ada pada pelajar yang telah menguasai konsep daya juga dinyatakan.