Perkembangan dunia pendidikan sains dan matematik di peringkat
antarabangsa telah mencetuskan idea kepada para pendidik sains
dan matematik untuk mencari penyelesaian kepada isu dan masalah
pendidikan sains dan matematik di kurun ke 21. Persatuan
Pendidikan Sains dan Matematik Johor (PPSMJ) berpandangan bahawa
pendidikan sains dan matematik pada masa kini banyak dipengaruhi
oleh budaya setempat dan antarabangsa dalam usaha melangkah ke
hadapan.
Sehubungan itu, usaha untuk meneliti kesan budaya, mengaplikasi
dapatan daripada hasil penyelidikan dalam dan luar negara,
mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran yang perlu
dilaksanakan bagi memastikan usaha memacu pendidikan sains dan
matematik terus maju terus berada pada landasan yang tepat. Ia
juga sejajar dengan usaha memperkasakan pendidikan sains dan
matematik menghadapi era globalisasi dalam usaha membangunkan
modal insan dan keutuhan negara bangsa.
Seminar ini akan menjadi wadah dan wacana untuk berkongsi
pengalaman yang dilalui para pendidik, pengkaji, pengamal dan
semua pihak yang terlibat dalam pendidikan sains dan matematik
untuk mencetus, mencambah, mengubahsuai dan melaksanakan idea
yang inovatif, pengalaman dan hasil kajian dalam membangunkan
pendidikan sains dan matematik. Ia sejajar dengan hasrat PPSMJ
untuk “promote innovative ideas in the teaching and learning of
mathematics”.
Objektif Seminar
|