Kata-Kata Aluan

     Tema Seminar

     Ucap Utama

     Prosiding

     Jawatankuasa Seminar

     Tentang Persatuan

     Jawatankuasa Persatuan

 

Kata-Kata Akuan Penasihat | Kata-kata Aluan Pengarah JPNJ | Kata-kata Aluan Pengerusi Persatuan
 

 

 

Assalamualaikum wbt 

Marilah kita memanjatkan segala puji bagi Allah s.w.t yang telah mengizinkan kita melaksanakan Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains Dan Matematik kali ini dengan jayanya.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepada saya untuk memberi sepatah dua kata dalam buku aturcara ini. Seperti yang kita sedia maklum, bidang pendidikan, terutama pendidikan sains dan matematik sentiasa mengalami perubahan. Di Malaysia, pendidikan sains dan matematik telah berubah dari kurikulum tradisional berasaskan teori tingkah laku, ke kurikulum  sains dan matematik moden dan akhir sekali ke Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah dan Menengah. Perubahan yang berlaku menuntut para pendidik untuk mencari penyusunan kurikulum dari segi kandungan, pedagogi dan asas psikologi pembelajaran yang bersesuaian dengan perkembangan dan tuntutan pendidikan semasa. Seminar kebangsaan ini, yang julung kali diadakan, berharap dapat dijadikan sebagai landasan untuk bertukar ilmu dan pengetahuan dan seterusnya membuahkan cadangan dalam menangani isu semasa pendidikan sains dan matematik.  

Saya ingin  mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli jawatankuasa dan semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta komitmen dalam menjayakan seminar ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada  semua ahli pendidik yang turut serta dalam seminar kali ini. Semoga semua matlamat dan objektif seminar ini dapat dicapai serta dapat membantu dalam meluaskan lagi ilmu tentang pendidikan sains dan matematik  

Selamat datang dan selamat berseminar

Terima kasih,


PROFESOR DR NOOR AZLAN BIN AHMAD ZANZALI, P.C.M
Yang Dipertua PPSMJ merangkap Pengerusi
Jawatankuasa Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik