Kata Aluan Yang Dipertua

Selamat datang ke laman Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor (PPSMJ), pusat maklumat persatuan ini. Terima kasih kerana berminat dengan persatuan kami.

PPSMJ sentiasa meminta kerjasama daripada unit, jawatankuasa dan tenaga pengajar yang berminat untuk membangunkan pendidikan sains dan matematik di Johor. Kami mengalu-alukan pensyarah, guru dan pelajar yang aktif dalam bidang sains dan matematik untuk mendaftar sebagai ahli PPSMJ dan menyumbang tenaga dalam aktiviti PPSMJ.