Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor (PPSMJ) telah ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1974. Persatuan ini dipelopori oleh Pejabat Pendidikan Negeri Johor dan pada ketika itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri telah dipertanggungjawab menjadi Yang Di Pertuan PPSMJ. Asalnya, persatuan ini diberi nama Persatuan Pendidikan Sain dan Hisab Johor dan ia telah ditukar kepada Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik Johor pada tahun —-.
Tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk menyatukan pengamal pendidikan, khususnya pensyarah guru-guru sains dan matematik serta pelajar universiti bagi membangunkan sektor pendidikan di negeri Johor ke arah kesejahteraan masyarakat. Kini persatuan ini telah aktif dalam arena pendidikan selama lebih 40 tahun.
Ahli PPSMJ telah menjalankan pelbagai aktiviti bagi mendapat pengalaman dan maklumat tentang inovasi dan transformasi pendidikan sains dan matematik. PPSMJ akan terus aktif dalam memberi sumbangan kepada pendidkan sains dan matematik di Johor.