Gambit the Gambot

Pertandingan GamBit the GaMBot

Dalam abad ke-21 ini, pelajar harus didedahkan dengan pembelajaran yang melibatkan pemikiran tahap tinggi serta penyelesaian masalah. Pelajar juga harus dibekalkan dengan kemahiran yang dapat digunakan di masa hadapan seperti pengaturcaraan, kemahiran melibatkan STEM serta kemahiran digilitasi untuk menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan pantas kepada orang ramai. Pertandingan ini memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam bersama PPSMJ, disamping dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari subjek-subjek STEM.

Tujuan Program

  1. Memberi pengalaman kepada pelajar berkaitan pendidikan berasaskan teknologi.
  2. Memberi pengalaman kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran pemikiran aras tinggi.
  3. Memberi pengalaman kepada pelajar untuk menggunakan kemahiran penyelesaian masalah.

Maklumat pertandingan

1. Program bermula pada bulan Julai 2022 hingga Oktober 2022
2. Penyertaan adalah secara berkumpulan.
3. Yuran Penyertaan RM80.00 untuk GamBit the GamBot.
4. Sasaran penyertaan adalah pelajar sekolah menengah.
5. Tiga penyertaan terbaik daripada setiap kategori akan menerima hadiah.
6. Pemenang akan diumumkan semasa sesi penutup Festival Sains dan Matematik.