index

.:CARA PENYERTAAN:.

  • Dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah di Negeri Johor
  • Penyertaan secara individu
  • Anda boleh menonton video demonstrasi  Projek STEM di Facebook(fb) 
    atau klik pada link video di bawah :

Video 1: Projek Roket STEM
Fasilitator: Dr Nor Hasniza Ibrahim

Video 2: Projek Payung Terjun Graviti
Fasilitator: Prof Madya Dr. Johari Surif

Video 3: Projek Periuk Solar
Fasilitator: Dr Corrienna Abd Talib

  • Penyertaan secara PERCUMA
  • Hasil karya tidak melebihi durasi 3 minit
  • Anda perlu menghantar hasil karya di laman web yang akan diberitahu semasa sesi taklimat sebelum 26 November 2020.
  • Hasil karya anda akan dinilai berdasarkan:
    1. Penerangan tentang konsep saintifik disebalik aktiviti STEM
    2. Cara penerangan yang jelas dalam video
    3. Bukti projek/eksperimen berjaya dilaksanakan
    4. Kreativiti
    5. Elemen multimedia (cth: animasi, teks, efek bunyi/sound effect)dalam penghasilan video
  • Hasil karya anda boleh dibuat dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

.:TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN:.

  • Penyertaan adalah secara individu dan dibuka kepada semua pelajar tingkatan 1 hingga 5 yang bersekolah di negeri Johor Darul Takzim.
  • Penyertaan hendakalah dihantar selewat-lewatnya pada 26 November 2020 di laman web yang ditetapkan.
  • Penyertaan hendaklah tidak melebihi 3 minit.
  • Penyertaan hendaklah dihantar dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sahaja
  • Penyertaan hendaklah memaparkan pengetahuan dan menerapkan nilai-nilai STEM didalam video
  • Produksi mestilah karya asal peserta
  • Perserta boleh menyertai ketiga-tiga kategori tetapi hanya boleh menghantar SATU penyertaan bagi setiap kategori                              
  • Penganjur berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap
  • Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  • Keputusan Panel Juri adalah muktamad.
  • Hakcipta produksi adalah hakmilik peserta. Peserta mestilah membenarkan Penganjur menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  • Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap video penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  • Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.

.:KRITERIA VIDEO YANG DIHASILKAN:.

  • Penerangan tentang konsep saintifik disebalik projek STEM yang telah di buat
  • Cara penerangan yang jelas dalam video
  • Bukti projek/eksperimen berjaya dilaksanakan
  • Kreativiti
  • Elemen multimedia (cth: animasi, teks, efek bunyi/sound effect) dalam penghasilan video

.:PENDAFTARAN:.

Klik di link untuk mendaftar penyertaan: https://forms.gle/BA7u29FoVyxHftUY9
Tarikh tutup pendaftaran : 21 November 2020

.:HADIAH:.

  • Pemilihan pemenang akan dikategorikan kepada Menengah Atas dan Menengah Rendah
  • 5 Emas, 5 Perak dan 5 Gangsa akan dipertandingkan kepada setiap projek mengikut kategori
  • Bagi pemenang Emas tempat pertama akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM300, tempat kedua sebanyak RM200 dan tempat ketiga sebanyak RM100
  • Sekolah yang menghantar paling ramai penyertaan akan mendapat wang tunai RM500

.:TARIKH-TARIKH PENTING:.

14 November 2020       : FB LIVE Panduan Perlaksanaan Video bersama Fasilitator
14 -26 November 2020 : Pembangunan Video STEM oleh peserta
26 November 2020       : Tarikh akhir Penghantaran Video STEM
12 Disember 2020        : Majlis Penutup & Pengumuman Pemenang

.:PENGHANTARAN VIDEO (TARIKH AKHIR 26/11/2020  30/11/2020):.

Klik link di bawah untuk menghantar video yang telah siap dibangunkan:
https://forms.gle/J8qJkM4q2MyueYbz8

.:MAKLUMAT LANJUT:.

Facebook     : https://www.facebook.com/Cabaran3minitSTEM
Emel kami di: 3minutestemvideo@gmail.com

1        2