3 MINIT VIDEO STEM 2022

Pertandingan Cabaran 3 Minit STEM Festival Sains dan Matematik

Dalam abad ke-21 ini, pelajar harus didedahkan dengan pembelajaran yang melibatkan pemikiran tahap tinggi serta penyelesaian masalah. Pelajar juga harus dibekalkan dengan kemahiran yang dapat digunakan di masa hadapan seperti dalam menjalani eksperimen, kemahiran melibatkan STEM serta kemahiran menyunting video untuk menyampaikan maklumat dengan cepat, tepat dan pantas kepada orang ramai. Cabaran tiga minit video STEM ini memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman dalam ketiga-tiga bidang ini, disamping dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari subjek-subjek STEM.

Tujuan Program

  1. Memberi pengalaman kepada pelajar dalam menjalankan eksperimen STEM.
  2. Memberi pengalaman kepada pelajar untuk merakam dan mengedit video berkaitan dengan ilmu STEM.
  3. Memberi pengalaman kepada pelajar mendapatkan maklumbalas atas video STEM yang dihasilkan.

Maklumat Pertandingan

  1. Program akan bermula pada 15 Ogos 2022 dan tarikh akhir penghantaran video adalah pada 15 September 2022.
  2. Penyertaan adalah secara individu.
  3. Yuran penyertaan hanya RM10 sahaja.
  4. Untuk menyertai pertandingan ini, pelajar perlu rakamkan eksperimen STEM serta menerangkan konsep STEM disebalik setiap eksperimen tersebut berdasarkan salah satu daripada tiga projek iaitu Payung Terjun Graviti, Roket Kimia dan Hot Air Baloon.
  5. Durasi video yang dihasilkan haruslah tidak lebih daripada 3 minit.
  6. 5 penyertaan terbaik daripada setiap kategori akan menerima pingat.
  7. Pemenang akan diumumkan semasa sesi penutup Festival Sains dan Matematik.